Harga Emas Jatuh Dalam Pasaran Eropah

101

Harga emas jatuh sedikit pada hari Selasa dalam sesi Eropah dan masih berada pada paras 2 minggu terendah berikutan pasaran masih memberi tumpuan kepada calon pengganti kerusi Federal Reserve dan impak pemilihan tersebut terhadap kadar faedah.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sedikit 0.07% atau $0.74 kepada $1,280.16 per auns setakat jam 6.30 petang.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sedikit pada 93.76 pada jam 6.30 petang.

Menurut kenyataan Presiden Donald Trump pada hari Isnin, beliau sudah hampir membuat keputusan, siapakah yang bakal menggantikan kerusi pengerusi Fed selepas menemuduga 5 calon tersebut.

Calon tersebut terdiri daripada pengerusi Fed sekarang iaitu Janet Yellen, Gabenor Fed, Jerome Powell, Pakar ekonomi universiti Standford John Taylor, Penasihat ekonomi Trump Gary Cohn dan bekas Gabenor Fed Kevin Warsh.

3 calon yang menjadi keutamaan pada ketika ini ialah Jerome Powell, John Taylor dan Janet Yellen

Selain itu, pasaran juga menjangkakan kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan Disember dan 2 kali kenaikan pada tahun hadapan.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar. Greenback yang mengukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat