Harga Emas Jatuh Dan Harga Tembaga Meningkat, Tiada Provokasi Baru Dicetuskan Oleh Pyongyang

190

Pada pasaran sesi Asia hari ini , harga emas jatuh disebabkan pelabur menarik pelaburan mereka dari pasaran berisiko disebabkan kebimbangan tindakan Korea Utara. Walaubagaimanapun, pasaran tembaga meningkat berikutan peningkat harga rumah di China.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) jatuh sebanyak 0.3 peratus, sehingga mencecah $1,321,25 per ounce setakat jam 12.40 tengahhari. Kontrak tembaga Comex pula melonjak sebanyak 0.81 peratus kepada 2.976 per pound.

Pada minggu lepas, harga emas jatuh berikutan ketegangan geopolitik rentetan ujian peluru berpandu daripada Korea Utara yang dilepaskan berhampiran utara Jepun tidak memberi kesan berpanjangan. Selain itu, ramalan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve pada akhir tahun ini turut mengurangkan permintaan terhadap instrumen safe haven.

Laporan inflasi pengguna (CPI) U.S meningkat pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan ini menguatkan jangkaan kenaikan kadar faedah bulan Disember nanti. Harga emas kekal menyusut namun terbatas disebabkan data-data makroekonomi U.S yang bercampur pada minggu lepas.

Hari Jumaat yang lalu, Jabatan Perdagangan U.S melaporkan penurunan jualan runcit sebanyak 0.2 peratus pada bulan Ogos membatasi jangkaan peningkatan sebanyak 0.1 peratus. Diikuti dengan dua laporan lain, laporan sentiment pengguna dan pembuatan yang juga susut di luar jangkaan.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilk matawang asing yang lain kerana harga yang mahal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat