Harga Emas Jatuh Mencari Permintaan Di India

126

Harga emas jatuh pada sesi Asia hari ini berikutan dolar semakin mengukuh, menyebabkan harga komoditi yang disandarkan dengan greenback ini lebih mahal untuk dimiliki oleh negara pembeli utama seperti China dan India.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) susut 0.36% kepada $1,283.15 per auns pada jam 2.20 petang. Permintaan daripada India menjelang musim perayaan nanti sedang diteliti bagi mencari sokongan pada harga pasaran ketika ini.

Semalam harga emas jatuh mendadak berikutan dolar terus mengukuh dengan jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah Fed akhir tahun ini.

Emas sensitif dengan perubahan dolar US. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Selain daripada jangkaan kadar faedah Fed, laporan data-data ekonomi US yang positif turut memberi tekanan kepada logam beharga kuning ini. Jabatan Perdagangan US semalam melaporkan peningkatan pada pesanan barangan tahan lama kepada 1.7% berbanding jangkaan 1.0%

Walau bagaimanpun, sektor perumahan terus melemah apabila Persatuan Realtor Kebangasaan melaporkan penurunan pada pesanan perumhana (pending home sales) sebanyak 2.6% kpada 106.3 bagi bulan Ogos. Bacaan terendah sejak Januari 2016 yang lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat