Harga Emas Jatuh Pada Sesi Asia Berikutan Pengukuhan Dolar

67

Harga emas jatuh pada sesi Asia hari ini berikutan pengukuhan matawang U.S dolar dan kejatuhan permintaan terhadap safe-haven disebabka sentimen yang masih terkawal dan permintaan emas fizikal di India tidak mendukung permintaan di pasaran hadapan.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh 0.58% kepada $1,295.42 per auns. Pasaran hadapan tembaga di Comex jatuh sebanyak 0.22% kepada bacaan 3.235 per pound.

Harga emas yang berada paras melebihi $1300 pada hari Isnin jatuh disebabkan pengukuhan U.S dolar dan peningkatan hasil bon U.S .

Hasil bon melonjak naik kembali dari paras 2 minggu rendah pada hari Isnin berikutan Presiden Trump yang dilihat lebih mendukung pakar ekonomi Standford, John Taylor sebagai pengganti pengerusi Fed yang dilihat lebih hawkish dari Janet Yellen.

Selain itu, pemain pasaran bertambah yakin dengan kenaikan kadar faedah pada bulan Disember oleh Fed. Mereka juga masih optimis terhadap kenaikan 3 kali kenaikan kadar faedah pada tahun depan berikutan kenyataan oleh pengerusi Fed Jane Yellen pada hari Ahad bahawa ekonomi U.S berada dalam keadaan kukuh dan pasaran buruh yang bagus mendukung kenaikan kadar faedah secara bertahap.

Namun, faktor geopolitik yang belaku di Timur Tengah antara Iraq dan Kurdish menyebabkan kejatuhan safe-haven tidak begitu ketara.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Intrumen safe-haven sering mendapat permintaan tinggi apabila berlakunya risiko-risiko geopolitik antarabangsa dan ketidaktentuan ekonomi global kerana nilai emas yang kalis inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat