Harga Emas Kekal Menguat, Nak ‘BUY’ Ke ‘SELL’?

771

Logam kuning emas didagangkan stabil pada Khamis di tengah-tengah penyusutan US dolar ketika harapan pelabur terhadap kemajuan dalam rundingan mengenai pakej rangsangan baru AS terus meningkat.

Spot emas diniagakan meningkat 0.5% pada $1,895 per auns, sementara niaga hadapan emas pula menguat $1,901 per auns (3.45 petang waktu Malaysia).

Logam berharga itu sebelum ini melonjak menembusi paras harga $1,900 per auns setelah terdapat perkembangan positif dalam rundingan langkah rangsangan baru AS ketika sesi New York.

Kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin bahawa mereka telah mencapai banyak kemajuan dalam rundingan telah mengangkat harapan pasaran bahawa kesepakatan dapat dicapai.

Selain itu, kedua-dua pihak juga telah mencapai persetujuan untuk bantuan pembayaran langsung kepada rakyat Amerika.

Walaupun pentadbiran Trump dilihat tidak akan menerima cadangan untuk pelan rangsangan bernilai $2.2 trilion oleh Demokrat, namun pasaran tetap yakin kedua-dua pihak akan mencapai kesepakatan meskipun dengan bantuan hanya $1.5 trilion seperti yang dicadangkan oleh Republik.

Indeks dolar merosot 0.2% berbanding kebanyakan matawang utama ke paras terendah satu minggu, sekali gus menjadikan emas lebih murah bagi pemegang matawang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat