Harga Emas Kembali Melonjak Naik Dalam Dagangan Eropah

97

Harga emas meningkat dalam pasaran Eropah pada hari Isnin berikutan sentimen pasaran dan penyusutan matawang U.S dolar. Selain itu, turut mendorong peningkatan harga emas ialah tumpuan pasaran terhadap pasaran emas fizikal pada cuti hujung tahun.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat 0.03% kepada $1,272.16 per auns setakat jam 6.00 petang selepas jatuh pada awal tengah hari sehingga ke paras 1270.22.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menyusut sebanyak 0.20% kepada 94.53 setakat jam 6.00 petang berbanding bacaan tertinggi bulan yang lalu yang mencatat bacaan 95.15.

Para pelabur memberi tumpuan pada kenyataan FOMC pada hari Khamis bagi mendapat informasi terkini berkenaan polisi monetari. Selain itu, turut menjadi tumpuan ialah laporan pekerjaan pada hari Jumaat ini.

Pada hari Jumaat lepas, harga emas melonjak naik kembali berikutan pengisytiharan kemerdekaan oleh Presiden Catalonia menyebabkan permintaan terhadap safe haven meningkat.

Pada hari Jumaat, presiden Catalonia, Carles Puigdemont mengisytiharkan merdeka daripada Sepanyol , walaupun selepas mahkamah negara itu memutuskan undi pungutan suara yang diadakan sebelum ini, tidak sah. Namun pada hari Sabtu, kerajaan pusat mengarahkan pemilihan baharu dan melucutkan kuasa autonomi Catalonia selepas Parlimen Catalonia mengundi untuk mengisytiharkan kemerdekaan wilayah terbabit pada Jumaat lalu.

Emas kerap digunakan sebagai safe haven ketika geopolitik dan ketidakstabilan dalam ekonomi, manakala aset berisiko seperti ekuiti seringkali dijual ketika situasi tersebut.

Peningkatan emas terhalang pada minggu lepas berikutan pengukuhan dolar sehingga ke paras tertinggi 3 bulan lalu iaitu pada paras 95.06.

Pengukuhan dolar disbebakan spekulasi bahawa Trump akan melantik calon yang lebih hawkish sebagai pengerusi The Fed akan datang. Berdasarkan laporan, Trump telah menyenarai pendek calon kepada 2 calon iaitu Jerome Powell (gabenor Fed) dan John Taylor (pakar ekonomi Universiti Standford) sebagai calon pengganti pengerusi The Fed.

Selain itu, pengukuhan U.S dolar juga didorong oleh gross domestic product (GDP) yang meningkat 3.0% pada kadar tahunan bagi fasa Julai-September berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan 2.5% peningkatan.

Pasaran menjangkakan bahawa Fed akan meningkatkan kadar faedah seawal bulan Disember. Peningkatan kadar faedah menyebabkan U.S dolar lebih menarik untuk para pelabur.

Faktor keempat mendorong pengukuhan dolar ialah kemajuan reforamsi cukai, apabila ahli Republik menyerahkan rangka kerja bajet 2018.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat