Harga Emas Kembali Melonjak!

32

Harga emas meningkat pada Selasa dalam sesi Asia dengan kebanyakan fokus diberikan kepada data pekerjaan Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan lewat hujung minggu ini. Dat ini dianggap penting bagi pandangan yang lebih jelas mengenai peluang kenaikan kadar oleh Fed.

Di Comex, harga emas bagi penghantaran Disember meningkat 0.13% kepada $1,314.45 satu troy ounce. Silver futures juga didagang meningkat sebanyak 0.16% satu troy ounce. Pasaran di China ditutup untuk bercuti selama seminggu.

Semalam, harga emas berubah ke paras terendah kerana pasaran kekal bimbang terhadap sentimen Deutsche Bank.

Bank tersebut dalam laporan lewat minggu lalu dikatakan membayar $5.4 billion denda kepada Jabatan Kehakiman.

Dalam masa yang sama, harga emas turut terjejas oleh US Dollar yang kekal mengukuh selepas Universiti Michigan berkata bahawa indeks sentimen pengguna meningkat bagi bulan September.

Data juga menunjukkan bahawa indeks pembelian pengurus Chicago meningkat kepada 54.2 bulan September, melebihi jangkaan awal.

Masa Depan London Terus Jadi Taruhan Selepas Brexit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat