Harga Emas Masih Mencari Peluang Untuk Naik Lebih Tinggi

92

Harga emas jatuh di awal pembukaan pasaran Asia, selepas sesi sebelumya tutup pada harga $1.269.13. Namun kembali naik ke paras lebih tinggi daripada penutupan semalam.

Harga kontrak emas pada Ogos di Comex di New York Mercantile Exchange (NYME)  meningkat 0.17% kepada $1268.76 setakat pukul 11.15 pagi.

Sepanjang minggu ini, pasaran emas di lihat bergerak sekitar lima dolar US, di antara $1,268.40 dan $1.270.31. Pasaran emas masih lagi mencari peluang untuk bergerak lebih tinggi kesan daripada kelemah dolar US yang berterusan.

Minggu lepas pula, kita dapat lihat diskaun harga emas terbanyak sejak 7 bulan lalu di India. Hal ini di sebabkan harga emas yang meningkat telah mengurangkan permintaan, di tambah pula dengan bekalan emas import yang sedikit.

Berdasarkan laporan syarikat GFMS di bawah Thomson Reuters,”Emas import bagi separuh tahun pertama sudah menghampiri jumlah import bagi keseluruhan tahun lepas, jadi jangkaan jumlah import untuk separuh tahun kedua mungkin sekitar 250 tan sahaja”.

Faktor lain juga di sebabkan oleh ketidakstabilan politik Trump yang berterusan. Selain daripada kegagalan kerajaan mengusul rancangan pemasuhan Obamacare, agenda-agenda lain seperti pengurangan cukai turut tergendala.

Walau bagaimanapun, laporan polisi terkini bank pusat Australia dan UK, serta data NFP (nonfarm payrolls) akan menjadi tumpuan para pelabur minggu ini.

Logam berharga lain juga meningkat akibat kejatuhan dolar US ini. Harga perak meningkat 0.23% kepada $16.825, manakala platinum susut 0.03% kepada $943.40. Tembaga pula di dagangkan pada $2.896, meningkat 0.17%

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat