Harga Emas Meneruskan Kejatuhan Pada Khamis Sesi Asia

67

Harga emas jatuh dalam pasaran Asia pada hari Khamis. Para pelabur memberi tumpuan pada indikasi permintaan dari India berikutan tindakan kerajaan India untuk mencegah pedagang eksport.

Berdasarkan laporan pada hari Rabu, kerajaan India membataskan urusan mengimport emas hanya diperbolehkan untuk tujuan eksport, manakala tujuan untuk dijual dalam pasaran domestik adalah dilarang.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh 0.23% kepada $1,295.08 per auns. Pasaran hadapan tembaga di Comex jatuh sebanyak 0.06% kepada bacaan 3.173 per pound.

Laporan GDP China suku tahun ketiga pada hari Khamis meningkat 1.7% sukuan dan kenaikan 6.8% tahunan. Pengeluaran industri meningkat 6.6% pada bulan September dan pelaburan aset tetap juga meningkat iaitu sebanyak 7.5%. Jualan runcit di China juga meningkat iaitu sebanyak 10.3% berbanding jangkaan yang menjangkakan kenaikan 10.2%.

Pada hari Rabu, harga emas tidak begitu banyak berubah berikutan kelemahan matawang U.S dolar yang disebabkan data perumahan yang lemah.

Menurut Jabatan Perdagangan, jumlah pembinaan rumah (housing starts) jatuh sebanyak 4.7% pada kadar tahunan iaitu sebanyak 1.127 juta unit. Kejatuhan ini merupakan paras terendah sejak bulan September 2016 berbanding bulan Ogos yang mencatat peningkatan 1.183 juta unit.

Permit pembinaan jatuh sebanyak 4.5% iaitu sebanyak 1.215 juta unit pada bulan September.

Namun kenaikan hasil bon U.S dan spekulasi calon pengangganti Janet Yellen telah mengimbangi kejatuhan matawang dolar.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat