Harga Emas Meneruskan Peningkatan Pagi Ini.

63

Harga emas meningkat pada pasaran Asia hari ini berikutan para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ketegangan yang sedang berlaku antara Amerika dan Korea Utara.

Harga kontrak emas bagi bulan Disember di Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) meningkat 0.21% kepada $1,282.95 per ounce setakat jam 11.21 pagi.

Semalam, sentimen risk-off menguasai pasaran selepas Korea Utara membalas kenyataan ancaman “api dan ketakutan” Trump dengan menyatakan kesediaan mereka untuk menyerang wilayah Amerika Pasifik, Guam yang juga merupakan salah satu pangkalan tentera Amerika.

Permintaan terhadap emas meningkat kerana dianggap sebagai salah satu pasaran safe haven dan menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi minggu ini.

Harga emas yang berada di paras tertinggi minggu ini, berjaya menghentikan penurunan selama tiga hari berturut-turut bermula sejak Khamis lepas, selepas data tawaran pekerjaan Amerika meningkat diluar jangkaan, menguatkan jangkaan para pelabur tentang pengetatan polisi monetari Federal Reserve untuk tahun ini.

Indeks harga pengeluar (PPI) dan harga pengguna (CPI) hari ini dan esok, dijangka dapat memberi pandangan yang baru terhadap keadaan semasa inflasi yang turut menjadi kebimbangan utama Federal Reserve sejak beberapa bulan Julai yang lepas.

Bank pusat US mengekalkan kadar faedah pada bulan Julai berikutan inflasi bergerak perlahan, namun masih yakin sasaran 2% akan dicapai dalam jangka masa panjang.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat