Harga Emas Meninggi, Tapi Kenapa Turun Pulak?

1,571

Harga emas melonjak ke paras tertinggi empat minggu sebelum kembali mengurangkan keuntungannya menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Kenaikan yang dicatatkan pada sesi New York itu, menyaksikan dagangan emas mencecah harga $1,969 per auns. Namun, logam berharga itu kembali susut untuk didagangkan pada sekitar harga $1,950 ketika sesi Asia.

Lonjakan emas juga berlaku walaupun hasil perbendaharaan AS 10 tahun dan dolar greenback menguat. Ini mungkin didorong oleh jangkaan meluas oleh pasaran bahawa harga pengguna AS akan terus mencatatkan rekod tertinggi baharu pada bulan Mac.

Kadar inflasi AS diunjurkan meningkat mencecah 8.5% pada bulan Mac, iaitu tahap tertinggi pernah direkodkan sejak Disember 1981 berikutan peningkatan harga tenaga yang tinggi, kekangan bekalan dan permintaan kukuh oleh pengguna.

Sementara itu, harga emas turut disokong oleh peningkatan berterusan kes Covid-19 di China, yang sekali lagi mengaburkan prospek pertumbuhan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Dalam pada itu, pelabur terus mengikuti perkembangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine yang masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk sebarang gencatan senjata meskipun beberapa rundingan telah berlangsung.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat