Harga Emas Meningkat Kembali Dalam Dagangan Pasaran Asia

67

Harga emas meningkat dalam pasaran Asia pada hari Rabu berikutan tumpuan pasaran terhadap mesyuarat FOMC yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah dan para pelabur mengkhuatirkan laporan nonfarm payroll (NFP) pada hujung minggu ini.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat sebanyak 0.05% kepada $1,271.10 per auns setakat jam 12.00 tengah hari.

Aktiviti perniagaan sektor pembuatan China iaitu Indeks PMI (Purchasing Manager’s Index) Caixin kekal pada bacaan 51.0 pada bulan Oktober, tidak berubah daripada bacaan bulan September. Bacaan 51.0 pada bulan Oktober kurang dengan jangkaan yang mensasarkan bacaan 51.6.

Di Australia, Indeks Pembuatan AIG mencatat bacaan 51.1 berbanding bacaan sebelumnya pada 54.2. Manakala PMI pembuatan Jepun meningkat kepada 52.8 berbanding jangkaan pada 52.5.

Semalaman, harga emas menurun disebabkan pengukuhan U.S dolar berikutan laporan ekonomi yang positif telah meningkatkan jangkaan pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi U.S.

Berdasarkan laporan, ekonomi U.S kekal mengukuh berikutan keyakinan pengguna meningkat kepada paras tertinggi sejak 2008, iaitu meningkat dari 119.8 pada bulan September kepada 125.9 pada bulan Oktober.

Chichago PMI meningkat kepada 66.2 pada bulan Oktober berbanding bulan September yang mencatat bacaan 65.2. PMI merupakan salah satu pengukur tanda aras ekonomi U.S yang penting.

Selain itu, pasaran juga memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC pada hari ini bagi mendapatkan keputusan tentang kadar faedah. Dalam masa yang sama, Presiden Donald Trump dijangka akan mengumumkan calon pengganti the Fed pada hari Khamis.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat