Harga Emas Menjunam Menghampiri Ke Paras Terendah 3 Minggu Lalu

110

Harga emas mencatat kejatuhan ke paras 3 minggu terendah pada hari Jumaat berikutan pengukuhan U.S dolar.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX susut 0.02% kepada $1269.36 per auns setakat jam 6.40 petang berbanding paras terendah hari ini yang mencatat bacaan $1,266.28.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.24% kepada 94.78. Bacaan ini menghampiri bacaan tertinggi 3 bulan lepas pada 20 Julai iaitu pada 94.98.

Pengukuhan matawang U.S dolar didorong kelulusan Senat terhadap cadangan bajet untuk tahun 2018 menaikkan semula jangkaan terhadap pemotongan cukai tidak lama lagi.

Selain itu, pengukuhan U.S dolar juga didorong oleh kelemahan Euro selepas kadar faedah ECB dan ucapan dovish Presiden ECB, Mario Draghi dalam sidang media semalam.

ECB mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk mengekang ransangan monetari dengan mengurangkan pembelian bon sebanyak €30 billion, namun akan melanjutkannya dalam tempoh 9 bulan sehingga September 2018.

Ditambah dengan kenyataan bahawa bank pusat akan meneruskan program pembelian bon ini tanpa had yang ditetapkan telah menjejaskan jangkaan para pelabur yang melihat pengetatan polisi ini sebagai satu langkah bank pusat untuk mempertimbangkan tarikah tamat pembelian bon secara besar-besaran.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat