Harga Emas Merudum Di Awal Minggu!

843

Harga emas tergelincir pada awal minggu selepas data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang diterbitkan menunjukkan pasaran buruh kekal kukuh pada bulan Mac.

Ketika sesi Asia, logam kuning itu didagangkan jatuh pada sekitar harga $1,990 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $2,004 per auns.

Data yang dikeluarkan pada hari Jumaat menunjukkan ekonomi AS telah menambah sebanyak 236,000 pekerjaan pada bulan Mac berbanding jangkaan untuk meningkat 228,000 pekerjaan.

Sementara kadar pengangguran pula tanpa dijangka menurun kepada 3.5% daripada jangkaan untuk kekal pada 3.6% seperti yang dicatatkan pada Februari.

Ekoran daripada terbitan ini, pasaran mula berbelah bahagi terhadap pendirian dasar Federal Reserve (Fed) yang sebelum ini dijangka akan menghentikan pengetatannya.

Pun begitu, masih terlalu awal untuk meletakkan jangkaan terhadap keputusan Fed memandangkan minggu ini akan ada data inflasi AS dan laporan minit mesyuarat FOMC bakal diterbitkan.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat