Harga Emas Naik Ke Turun Hari Ini?

545

Logam kuning didagangkan stabil menjelang dagangan hujung minggu mengikuti pemulihan US dolar dari paras terendah 7 minggu ketika para pelabur terus memantau kemajuan dalam rundingan rangsangan fiskal AS.

Memasuki sesi Eropah, spot emas diniagakan meningkat ke sekitar harga $1,907 per auns, manakala niaga hadapan emas pula pada $1,909 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Pada sesi sebelum ini, logam berharga itu jatuh di bawah paras harga $1,900, menjauh dari paras tertinggi satu minggu yang diraih pada Rabu disebabkan kebangkitan semula dolar greenback di tengah-tengah kebimbangan terhadap rangsangan AS yang mungkin tidak dapat dicapai sebelum pilihan raya.

Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi pada hari Khamis, optimis bahawa kesepakatan akan dicapai tidak lama lagi, dengan mengatakan bahawa kemajuan sedang dicapai dalam perbincangan dengan White House.

Namun begitu, penasihat ekonomi White House, Larry Kudlow memberi amaran bahawa masih ada perbezaan dasar signifikan yang tidak mungkin dapat diselesaikan sebelum pilihan raya, iaitu tentangan Republik Senat terhadap pakej rangsangan besar yang dicadangkan.

Pasaran kini akan terus memantau perkembangan terbaru mengenai perbincangan rangsangan AS dengan harapan ia akan dapat dipersetujui sebelum pilihan raya yang bakal berlangsung kurang 2 minggu lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat