Harga Emas Naik Paras Tertinggi Tempoh 3 Bulan, Kaunter Ini ‘Buat Untung’

1,082

Saham Tomei Consolidated Bhd dan Poh Kong Holdings Bhd melonjak ketika sesi dagangan di Bursa Malaysia pagi ini selepas harga emas mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan.

Tomei, yang merupakan kaunter ketiga paling untung pagi ini, melonjak sebanyak 30 sen atau 29.7% kepada paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan iaitu RM1.31.

Kaunter berkenaan menyaksikan 8.93 juta saham bertukar tangan.

Poh Kong, yang juga merupakan kaunter keempat paling untung pagi ini, turut naik sebanyak 23 sen atau 28.05% kepada paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan iaitu RM1.05.

Kaunter tersebut menyaksikan 48.59 juta saham didagangkan.

Reuters melaporkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan hari ini berikutan dolar AS yang melemah dan penurunan hasil bon.

Situasi itu menyebabkan permintaan logam naik selepas data ekonomi minggu lalu menunjukkan jualan runcit AS secara tiba-tiba ditangguhkan pada bulan lalu.

Spot emas naik sebanyak 0.1% kepada AS$1,844.60 per auns pada pukul 8.35 pagi ini setelah mencapai paras tertinggi sejak 10 Februari lalu ketika sesi dagangan Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat