Harga Emas Naik Turun Sepanjang Sesi Pasaran Hari ini

106

Harga emas naik turun di Asia rentetan kewaspadaan pasaran terhadap hasil minit mesyuarat Fed seiring dengan perancangan tindakan Fed bagi mengatasi masalah penyata kewangan.

Pasaran hadapan Emas pada Disember di Comex New York Mercantile Exchange meningkat sebanyak 0.04 peratus kepada $1,311.61 per auns pada jam 3 petang.

Konflik yang dicetuskan oleh Korea Utara semakin memudar telah memberi impak kepada penurunan harga emas dalam masa satu malam pada hari Isnin seiring dengan pengurangan permintaan terhadap safe-heaven.

Dalam masa yang sama ia juga mempengaruhi pasaran U.S, pengurangan permintaan safe-heaven membawa kepada pelaburan aset kewangan U.S yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan sejurus membawa kepada peningkatan dolar. Seterusnya mengurangkan sentimen terhadap logam berharga menjelang keputusan minit mesyuarat Fed dua hari yang bermula pada hari Selasa.

Hal ini membawa kepada peningkatan aset kewangan 10 tahun sejurus membawa keapada penguatan matawang dolar. Penawaran terhadap aset kewangan U.S yang lebih menarik sejak akhir-akhir ini membuatkan permintaan terhadap emas semakin menurun, ditambah pula ketidaktentuan hasil perbincangan minit mesyuarat Fed tentang kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Antara perkara penting lain yang perlu dicatat ialah emas sensitif terhadap pergerakan matawang U.S dolar dan aset kewangan. Peningkatan nilai matawang dolar menyebabkan emas semakin mahal bagi pemilik matawang asing selain dolar. Selain itu, peningkatan kadar faedah akan meningkatkan permintaan terhadap aset kewangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat