Harga Emas Susut $8.24 Semalam, Stabil Pada Sesi Asia

60

Harga emas naik turun (volatile) sekitar $1 pada sesi Asia hari ini berikutan konflik antara US-Korea Utara semakin reda selepas kenyataan rasmi Kim Jong Un menangguhkan keputusannya untuk menyerang wilayah US Pasifik di Guam.

Kontrak emas bagi Disember di Comex New York Mercantile Exchange pada sesi lepas tutup pada harga $1.278.76 per ounce selepas susut sebanyak $8.24.

Emas tidak dapat mengelakkan kerugian berikutan permintaan terhadap aset safe-haven ini mula berkurangan, apabila melihat kenyataan penangguhan serangan ketua negara Korea Utara, Kim Jong Un keatas Amerika sebagai retorik.

 

Selain itu, data jualan runcit US yang meningkat diluar jangkaan semalam telah menguatkan lagi ramalan terhadap perkembangan ekonomi US bagi suku tahun ketiga, sekaligus menekan harga emas jatuh lebih rendah.

Jabatan Perdagangan semalam melaporakan peningkatan 0.6% pada jualan runcit bulan lepas yang merupakan kenaikan tertinggi sejak tujuh bulan lalukenaikan tertinggi sejak tujuh bulan lalu

Mesyuarat FOMC pada jam 2 pagi esok akan menguatkan lagi hala tuju emas selepas ini. Jika laporan polisi monetary dalam minit mesyuarat the fed bernada dovish, harga emas dijangka akan teruskan penurunan.

Pada perjumpaan ini, ahli Fed akan memberi undian mereka untuk kekalkan kadar faedah, serta akan mengutarakan kebimbangan mereka terhadap kadar inflasi yang bergerak perlahan. Walau bagaimanapun, bank pusat telah memberi isyarat bahawa mereka akan mula mengurangkan penyata imbangan berjumlah $4.5 trillion “tidak lama lagi”.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat