Harga Emas Tengah Naik – Adakah Ini Masa Sesuai Untuk BUY?

609

Emas kuning meneruskan kenaikan untuk hari kedua berturut-turut pada minggu ini didorong oleh kelemahan matawang US dolar menjelang mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis.

Logam berharga itu didagangkan meningkat di sekitar $1,965 per auns, manakala niaga hadapan emas menokok 0.6% pada $1,975 per auns (11.55 pagi waktu Malaysia).

Dolar greenback terus didagangkan lebih rendah berbanding matawang utama daripada paras tertinggi satu bulan yang dicapai minggu lalu, dan ini telah menyokong peningkatan dagangan logam berharga emas.

Walaupun terdapat perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19, di mana AstraZeneca dilaporkan telah menyambung semula ujian klinikal di UK setelah dihentikan minggu lalu. Bagaimanapun, ujian di Amerika Syarikat masih ditangguhkan bagi menunggu siasatan Pentadbiran Dadah Persekutuan mengenai kesan sampingan vaksin tersebut.

Setakat ini, lebih 29 juta orang telah dijangkiti wabak coronavirus sementara lebih 927,000 nyawa telah terkorban di seluruh dunia, menurut data yang diterbitkan Johns Hopkins University.

Dengan peningkatan yang berterusan ini, pelabur akan terus mengambil langkah berhati-hati dengan mengekalkan pegangan terhadap emas, sementara menantikan perkembangan positif dalam usaha pembangunan vaksin Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat