Harga Emas Terhempas Menyembah Bumi

4,782

Harga emas kembali stabil selepas menjunam lebih rendah pada hari Jumaat disebabkan lonjakan dalam hasil perbendaharaan AS yang telah mendorong pengukuhan dolar greenback.

Pada akhir minggu lalu, logam berharga emas mengalami kemerosotan ketara sehingga mencecah $1,717 per auns, iaitu paling rendah dalam tempoh 8 bulan. Ini menjadikannya sebagai kejatuhan bulanan terburuk sejak November 2016.

Namun, pada sesi Asia hari ini, dagangan emas kembali memaparkan pemulihan dengan kenaikan sederhana di sekitar paras harga $1,749 per auns. Niaga hadapan emas pula didagangkan positif pada $1,747 per auns (11.30 pagi waktu Malaysia).

Bagaimanapun, harga emas masih di bawah risiko berikutan hasil perbendaharaan AS jangka panjang yang terus menunjukkan peningkatan dan bank pusat pula tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mengekang kenaikannya.

Jangkaan pemulihan ekonomi yang kuat didorong oleh pelancaran vaksin dan langkah rangsangan yang mencetuskan kebimbangan terhadap inflasi, telah mendorong hasil perbendaharaan AS ke tahap tertinggi satu tahun.

Pada hari Sabtu, Dewan Perwakilan AS telah meluluskan pakej bantuan coronavirus bernilai $1.9 trilion dengan undian yang sangat sengit.

Walaupun tidak mendapat sokongan daripada Republikan, tetapi rang undang-undang tersebut akan dibawa terus ke Senat yang mana ia diharapkan akan diluluskan sebelum 14 Mac iaitu sebelum rangsangan yang sedang dilaksanakan berakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat