Harga Emas Tidak Menunjukkan Tanda-Tanda Akan Berhenti Untuk Terus Meningkat!

942

Dagangan emas terus mempamerkan peningkatan ke sekitar paras harga $1,630.00 untuk diniagakan kukuh di paras tertinggi sejak 2013 dan dijangka mempamerkan prestasi terbaik mingguannya dalam tempoh 6 bulan.

Niaga hadapan emas pula meningkat sebanyak 0.9% kepada $1,634.30.

Selain itu, logam berharga ini telah merekodkan peningkatan sebanyak 7% pada tahun ini disebabkan sentimen risiko yang semakin meningkat.

Laporan mengenai kes dan kematian akibat penularan coronavirus yang semakin bertambah di luar negara China membuatkan permintaan pelabur terhadap logam berharga ini terus meningkat.

Turut menambah kebimbangan adalah apabila Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa penyebaran wabak coronavirus di peringkat global boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ghebreyesus berkata jumlah kes jangkitan coronavirus di seluruh dunia setakat ini dilihat lebih kecil daripada yang direkodkan di China, tetapi menurut beliau perkara ini tidak akan bertahan lama.

Buktinya dapat dilihat apabila pada minggu ini sahaja, angka kes kematian di luar China terus merekodkan peningkatan, di mana Korea Selatan mula melaporkan korban pertamanya, manakala di Jepun telah meragut 3 nyawa dan di Iran pula melibatkan 2 kematian.

Sementara itu, Commonwealth Bank of Australia (CBA) menjangkakan Federal Reserve Amerika Syarikat (Fed) akan melakukan dua kali pemotongan kadar faedah pada separuh tahun 2020 disebabkan coronavirus yang mengancam ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat