Harga Import AS Meleset Dari Jangkaan, Pengeluaran Industri UK Positif

511

Harga import Amerika Syarikat merekodkan kenaikan terendah dalam tempoh lima bulan pada Disember dan harga import teras melemah disebabkan penurunan harga makanan dan harga barangan pengguna.

Jabatan Buruh berkata pada Rabu bahawa harga import meningkat 0.10% bulan lalu yang merupakan bacaan terendah sejak Julai dan jauh di bawah jangkaan penganalisis ekonomi iaitu kenaikan 0.5%.

Harga import sebelum ini dilaporkan meningkat 0.7% pada November. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Disember, harga import naik sebanyak 3.0% rendah berbanding November yang mencatat kenaikan tahunan 3.3%.

Harga petroleum yang diimport meningkat 2.0% bulan lalu berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia selepas komoditi hitam melonjak 8.1% pada November. Harga import yang tidak mengambil kira petroleum naik 1.3% dalam tempoh 12 bulan sehingga Disember.

Data Pengeluaran Pembuatan UK

Pengeluaran industri UK merekodkan kenaikan yang kukuh sekaligus menyokong kepada pertumbuhan ekonomi pada bulan terakhir 2017, namun sektor pembinaan sedikit meleset daripada data yang dikeluarkan pada Rabu.

Pertumbuhan ekonomi adalah perlahan pada sembilan bulan pertama 2017 disebabkan inflasi yang tinggi. Walaupun Sterling telah memulih sepanjang tempoh itu, namun masih belum cukup menyokong pengeluaran.

Jerman pada Selasa merekodkan pertumbuhan yang tinggi dalam pengeluaran industri dengan pengukuhan eksportnya.

Britain pula pada Rabu merekodkan kenaikan 0.4% pada November berbanding 0.2% yang dicatat pada Oktober. Jangkaan untuk data kali ini adalah kenaikan 0.3%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat