Harga Kembali Meningkat Ekoran Pengurangan Bekalan Minyak AS

308

Komoditi hitam kembali bergerak tinggi pada hari Rabu, disokong oeh data industri yang menujukkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat tanpa diijangka menurun pada minggu lepas.

Kekangan bekalan minyak global telah menyokong peningkatan harga minyak ke paras tertinggi tahunan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dan data terbaru daripada Institut Petroleum Amerika (API) mengukuhkan lagi pandangan bahawa bekalan masih terhad.

API melaporkan penurunan dalam inventori minyak sebanyak 2.5 juta tong pada minggu yang berakhir 5 November, mengetepikan jangkaan untuk peningkatan sebanyak 2.1 juta tong oleh pasaran.

Pelabur kini menantikan data mingguan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari ini untuk mengesahkan penurunan dalam inventori minyak AS.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $85.10 setong. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula kembali menghampiri paras ketinggian 7 tahun, dengan diniagakan menguat pada $84.25 setong.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh laporan yang dikeluarkan Agensi Maklumat Tenaga AS yang mengatakan bahawa ia melihat permintaan akan meningkat lebih cepat dan seterusnya menekan harga serta mengurangkan inventori.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat