Harga Komoditi Membuat Kenaikan Dengan Kelemahan US Dolar Sejak Isnin

71

EUR/USD kekal kukuh dan berjaya mencapai paras tertinggi sebulan yang lalu pada harga 1.1941 dan sedikit di bawah paras tertinggi tiga bulan lalu 1.2000.

Pengukuhan matawang Euro pada Khamis disokong oleh kelemahan US dolar secara keseluruhan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.36% setakat pukul 10.38 malam pada Khamis. Indeks ini jatuh 9% sepanjang tahun ini dan dijangka merekod kejatuhan terbesar sejak tahun 2003.

Buletin bulanan ECB yang dikeluarkan petang tadi menunjukkan pertumbuhan ekonomi adalah kukuh dan lebih menyeluruh dan menyatakan inflasi akan naik secara beransur-ansur.

Matawang Euro juga mengaut keuntungan yang banyak berbanding matawang utama yang lain khususnya US dolar sebanyak 13% tahun ini.

US dolar susut pada Khamis dengan kejatuhan hasil-bon 10 tahun AS di mana matawang komoditi pula dipacu oleh kenaikan harga komoditi besi dan minyak mentah.

Hasil-bon telah turun semula selepas capai paras tertinggi dan US dolar didagang lemah. Kejatuhan US dolar minggu ini adalah satu bentuk ‘buy the rumour sell the fact’ selepas Presiden Trump menandatangani perubahan cukai minggu lalu, kata Lee Jin Yang penganalisis makro di Aberdeen Standard Investment.

“Saya rasa mereka telah membeli US dollar (priced-in) sehingga kenaikan kadar faedah Fed pada Disember, reformasi cukai, dan sekarang mereka mengambil keuntungan,” kata Lee.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah kekal di sekitar paras tertinggi hampir tiga tahun lalu selepas disokong oleh data positif pengimport terbesar minyak mentah China.

Harga minyak mentah WTI ketika ini susut 0.10% kepada $59.58 setong. WTI minggu ini pertama kali menembusi harga $60 setong pertama kali sejak Jun 2015 dan disokong oleh kemerosotan inventori minyak AS seperti yang ditunjukkan oleh data API.

Emas pula terus membuat kenaikan dengan kelemahan US dolar ketika ini. Emas membuat kenaikan sembilan hari berturut-turut sejak 15 Disember lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat