Harga Komoditi & Tenaga Tinggi Punca Bursa Dibuka Merah

151

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 19.22 mata pada 1,553.34 daripada penutupan Isnin pada 1,572.56.

Indeks dibuka lemah 6.11 mata pada 1,566.45.

Ia dibuka lemah ekoran kebimbangan pelabur mengenai kenaikan pada ahrga komoditi dan tenaga sejak konflik Rusia-Ukraine bermula.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 443 berbanding 50, manakala 186 kaunter pula tidak berubah, 1,593 tidak didagangkan dan 11 digantung.

Jumlah perolehan pada 206.37 juta unit bernilai RM107.97 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran Wall Street mengalami penurunan ketara sementara di Bursa tempatan dijangka muncul aktiviti bargin hunting.

Dalam pada itu, saham Asia mengalami penyusutan, menjejaki pasaran Wall Street ekoran kebimbangan inflasi daripada kenaikan harga komoditi dan impak terhadap ekonomi dunia.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Financial Group Bhd turun 32 sen pada RM18.74, Petronas Dagangan Bhd jatuh 36 sen pada RM20.44, Tenaga Nasional Bhd (TNB) hilang 1 sen pada RM8.90, IHH Healthcare Bhd junam 17 sen pada RM6.28 and Dialog Group Bhd susut 7 sen pada RM2.60.

Saham aktif memperlihatkan G3 Global Bhd tambah 0.5 sen pada 8 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) jatuh 5.5 sen pada 87.5 sen and TWL Holdings Bhd susut 0.5 sen pada 5.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas turun 137.51 mata pada 10,936.32, FBM 70 undur 149.74 mata pada 12,608.79, FBMT 100 susut 130.73 mata pada 10,654.30, FBM ACE layu 87.54 mata pada 5,961.08 sementara FBM Emas Shariah susut 171.58 mata pada 11,654.85.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 3.02 mata pada 206.55, indeks Perkhidmatan Kewangan mengecut 139.66 mata pada 15,802.06 dan indeks Perladangan menyusut 190.46 mata pada 8,171.52.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat