Harga Masih Rendah, Ramai Ke Yang Dah Borong Emas?

1,150

Logam berharga emas didagangkan mendatar pada sesi dagangan Rabu di tengah-tengah sentimen yang meningkat disokong oleh perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19 oleh Pfizer.

Spot emas susut sedikit pada pembukaan sesi Eropah dengan didagangkan di sekitar harga$1,878 per auns, manakala niaga hadapan emas pula pada $1,875 per auns (3.15 petang waktu Malaysia).

Logam kuning itu sebelum ini mengalami kejatuhan ketara setelah dikejutkan oleh laporan mengenai vaksin Pfizer yang menunjukkan keberkesanan lebih 90% dalam ujian klinikal fasa terakhirnya.

Harapan untuk mendapatkan vaksin sebelum akhir tahun ini juga semakin cerah setelah Dr Anthony Fauci mengatakan ia mungkin akan tersedia secepatnya pada bulan Disember selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) akhir bulan ini.

Sementara itu, pembuat dasar Federal Reserve AS (Fed) pada Selasa menyatakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan berterusan kes Covid-19 akan memperlambatkan pertumbuhan ekonomi dan menggesa supaya lebih banyak bantuan kerajaan dilaksanakan.

Kenyataan ini secara tidak langsung telah menyokong harga emas pada sesi Asia sebelum kembali mencatatkan penyusutan pada awal sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat