Harga Minyak ‘Berehat’ Dari Teruskan Kenaikan Lebih Tinggi

324

Minyak mentah sedikit berundur dari paras ketinggian tahunan yang sebelum ini disokong oleh tekanan kekurangan bekalan dan permintaan bahan bakar global yang semakin meningkat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 0.3% pada $83.39 setong, setelah menyentuh paras tertinggi tiga tahun pada hari Isnin.

Sementara itu, dagangan WTI Amerika Syarikat pula susut 0.4% pada $80.20 setong, setelah meningkat 1.5% pada sesi sebelumnya, di mana ia telah menyentuh tahap tertinggi tujuh tahun.

Harga tenaga telah meningkat ke tahap tertinggi sepanjang masa disebabkan oleh kekurangan tenaga di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Dengan kenaikan harga gas asli dan arang batu, ia menyebabkan para pengguna beralih kepada bahan bakar untuk penjanaan tenaga.

Menurut penganalisis, peralihan penggunaan dari gas asli kepada minyak untuk pengeluaran tenaga boleh meningkatkan permintaan minyak mentah antara 250,000 hingga 750,000 tong sehari.

Qatar, penjual gas asli cecair (LNG) terbesar di dunia memberitahu kepada pengguna bahawa ia tidak mampu untuk mengurangkan harga tenaga dan menambah lebih banyak pengeluaran ke pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat