Harga Minyak Bergelut Untuk Catat Pemulihan

137

Pergerakan mendatar dipamerkan minyak mentah sebagai permulaan dagangan minggu ini, cuba pulih selepas penurunan tiga minggu berturut-turut pada minggu lalu.

Niaga hadapan WTI Amerika Syarikat diniagakan sedikit berubah pada sekitar harga $85 setong pada sesi Asia, manakala dagangan minyak Brent pula berlegar pada $92 setong.

Terdapat faktor positif buat pasaran minyak pada awal minggu, di mana bandar raya Chengdu dan Dalian di China akan mengangkat semula penutupan Covid-19 pada hari Isnin.

Dengan pembukaan ini, ia telah meningkatkan harapan pasaran untuk lebih banyak penutupan dibuka semula di seluruh negara dan menguatkan prospek permintaan dalam pengimport minyak mentah terbesar di dunia itu.

Bagaimanapun, mesyuarat polisi FOMC yang menjadi tumpuan utama pelabur minggu ini, membataskan pergerakan harga minyak berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah yang selanjutnya akan memberi impak pada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Dari segi penawaran, firma tnaga AS menambah pelantar minyak dan gas asli buat kali pertama dalam tiga minggu lepas, menunjukkan pengeluaran yang lebih tinggi yang boleh meredakan kebimbangan terhadap bekalan yang ketat dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat