Harga Minyak Boleh Menjunam Berikutan Rekod Pengeluaran Minyak OPEC dan Rusia

48

Penguatan harga minyak mentah dunia sehingga hampir 15% dalam dagangan Isnin adalah berikutan keyakinan pelabur dan pedagang terhadap sentimen terkini OPEC yang akan memotong pengeluaran minyak mentah dunia. Pengeluar minyak OPEC setuju untuk mengurangkan pengeluaran ke paras 32.5 juta tong sehari, sementara negara bukan-OPEC juga bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 600,000 tong sehari.

Perjanjian OPEC adalah akan memotong pengeluaran minyak bermula tahun hadapan dan akan bertemu semula pada Mei untuk merundingkan semula perjanjian ini dan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pemotongan atau tidak.

Perjanjian ini mengakibatkan harga minyak melonjak ke paras tertinggi sejak 16 bulan lepas pada Isnin. Minyak WTI (West Texas Intermediate) meningkat 0.2% ke paras $51.79 setong yang tertinggi sejak Julai 2015. Manakala minyak Brent (Brent-oil) naik 0.9% ke paras $54.9 setong.

Pasaran juga cuba untuk menyesuaikan kepada persekitaran baru ini berikutan keyakinan terhadap perjanjian pemotongan ini. Jumlah pelantar minyak US juga semakin meningkat beberapa bulan lepas menunjukkan potensi peningkatan pengeluaran di Utara Amerika.

Tambahan lagi, penawaran dari negara-negara OPEC mencatatkan rekod tertinggi pada bulan terakhir ini berikutan pemotongan yang akan bermula pada awal 2017.

Menurut laporan Reuters, pembekalan oleh OPEC meningkat sebanyak 34.19 juta tong bulan lepas berbanding 33.82 juta tong sehari pada Oktober. Hal ini menggambarkan pengeluar OPEC memotong pengeluaran mereka hampir 1.69 juta tong sehari untuk mencapai sasaran 32.5 juta tong sehari bermula bulan depan.

Minyak mentah susut dalam sesi Asia hari ini berikutan impak rekod pengeluaran tertinggi OPEC. Rusia pula pengeluar terbesar dari kalangan bukan ahli OPEC dilaporkan mengeluarkan 11.21 juta tong pada November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat