Harga Minyak Brent Naik Ke Paras Tertinggi 2 Tahun Lalu

88

Harga minyak Brent meningkat menghampiri paras tertinggi 2 tahun lalu pada hari Rabu berikutan usaha Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk memajukan perjanjian pengurangan bekalan minyak dan Rusia juga menunjukkan usaha untuk iltizam dengan perjanjian tersebut.

Pasaran hadapan Brent di ICE meningkat sebanyak 0.48% kepada $61.23 setong setakat jam 10.15 pagi. Paras ini menghampiri paras tertinggi 2 tahun lalu iaitu pada $61.41 setong. Harga minyak brent meningkat sebanyak 38% dari paras terendah Jun 2017.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $54.66 setong, meningkat sebanyak 0.51% setakat jam 10.15 pagi. Namun masih menghampiri paras tertinggi sejak Februari lalu, dan meningkat 30% dari paras terendah Jun 2017.

Peningkatan harga minyak ini didorong oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.

Sejak itu, bekalan minyak telah berkurangan. Pengeluaran OPEC pada bulan Oktober berkurangan dariapda 80,000 bpd kepada 32.78 juta bpd.

Pada suku tahun lepas, laporan data perdagangan menunjukkan pengeluaran pasaran minyak global berkurangan daripada sepatutnya menyebabkan inventori minyak berkurang.

Hal ini disebabkan gangguan bekalan di Iraq dan U.S berikutan badai yang meninmpa negara itu. Menurut pedagang, kekurangan pengeluaran minyak akan berlanjutan sehingga tahun hadapan.

Selain itu, pengeluaran minyak U.S telah meningkat sebanyak 13% sejak pertengahan 2016 iaitu kepada 9.5 juta bpd.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat