Harga minyak Brent Pertama Kali Melepasi Paras $60 Setong Sejak Kejatuhan Mendadak Pada 2015

61

Pasaran minyak mengukuh pada hari Isnin dengan harga minyak Brent yang melepasi paras $60 setong berikutan jangkaan pasaran bahawa pengurangan bekalan minyak oleh Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) dijangka akan tamat pada Mac 2018 akan dilanjutkan. Namun peningkatan eksport daripada Iraq menyebabkan harga tidak dapat melonjak lebih tinggi.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $54.12 setong, naik 0.41% setakat jam 04.10 petang.

Pasaran hadapan Brent di ICE naik 27 sen atau 0.45% kepada $60.40 setong setakat jam 04.10 petang. Harga minyak Brent naik menghampiri paras tertinggi sejak Julai 2015. Peningkatan ini melebihi 36% daripada paras terendah pada bulan Jun iaitu pada bacaan $45.54.

Menurut ANZ bank, selain dariapda peningkatan harga yang didorong kesungguhan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran, kenyataan Putera Mahkota Arab Saudi yang menyarankan lanjutan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak turut menambahkan lagi peningkatan harga.

OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.

OPEC dijangka akan bermesyuarat di Vienna,Austria pada 30 November ini.

Berdasarkan laporan pada hari Ahad, para pedagang berpendapat peningkatan eksport dari Iraq, daripada 900,000 bpd kepada 4.6 juta bpd menyebabkan harga Brent tidak dapat melonjak lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, pengeluaran minyak U.S yang meningkat sebanyak 13% sejak pertengahan 2016 menyebabkan harga minyak WTI lebih murah berbanding Brent.

Berdasarkan kenyataan CFTC pada hari Jumaat, peningkatan minyak Brent dan WTI menyebabkan spekulator meningkatkan lagi pelaburan mereka di pasaran hadapan dan opsyen di New York dan London daripada 15,041 kontrak kepada 280,634 kontrak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat