Harga Minyak Dunia Meneruskan Junaman, Brent Meleset 3.08% Setakat Ini

42

Harga minyak mentah dunia meneruskan junaman pada Jumaat dengan minyak mentah US kini menghampiri paras $44 setong.

Minyak Brent (Brent-oil), penanda aras global bagi minyak mentah didagang di sekitar $46.70 setong jatuh 2.93% setakat pukul 7.07 pm berbanding pukul 3.24 pm tadi hanya susut 1.16%.

Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) didagang di sekitar $44.13 setong jatuh 3.08% berbanding pukul 3.25 pm berada di sekitar $44.94.

Berita tentang peningkatan pengeluaran menyelubungi pasaran ini walaupun aktiviti pengeluaran berkurangan di Amerika Syarikat minggu lalu, dengan data EIA menunjukkan pengurangan bekalan lebih dari jangkaan.

Data EIA semalam menunjukkan pengurangan jumlah bekalan sehingga 6.3 juta tong pada minggu berakhir 30 Jun yang membawa kepada jumlah semasa 502.9 juta. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah pengurangan 2.4 juta tong.

Data tersebut menunjukkan pengukuhan permintaan di Amerika Syarikat, tetapi diseimbangkan oleh kenaikan 1% pengeluaran mingguan kepada 9.34 juta tong sehari.

Keluaran oleh OPEC pula meningkat pada bulan kedua berturut-turut pada Jun seperti yang dilaporkan oleh penyelidik pasaran minyak di Thomson Reuters.

Usaha negara-negara OPEC terganggu oleh peningkatan keluaran dari Libya dan Nigeria yang dikecualikan dari perjanjian pemotongan sehingga Mac 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat