Harga Minyak Dunia Terus Ke Puncak Tertinggi

298

Peningkatan harga minyak masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti selepas ia mencapai paras tertinggi terbaharu dua bulan dengan kenaikan 2% pada sesi sebelum ini.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $84.50 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit berubah pada sekitar harga $82.48 setong.

Sentimen pasaran minyak terus positif sejak permulaan awal tahun berikutan kebimbangan terhadap Omicron yang semakin mereda walaupun terdapat peningkatan dalam kes Covid-19 di seluruh dunia disebabkan varian itu.

Pengukuhan harga minyak diperkuatkan lagi dengan data terbaru daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang menunjukkan bekalan minyak mentah AS jatuh untuk minggu ketujuh berturut-turut.

Selain itu, EIA juga meningkatkan unjurannya terhadap permintaan minyak mentah sebanyak 840,000 tong sehari untuk tahun 2022, berbanding ramalan sebelum ini untuk kenaikan 700,000 tong sehari.

Dalam pada itu, penganalisis turut melihat bahawa penyusutan US dolar menjadi salah satu faktor kepada pengukuhan harga minyak untuk naik lebih tinggi. Nilai dolar yang lemah menjadikan harga minyak lebih murah bagi pemegang mata wang utama lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat