Harga Minyak Gagal Bergerak Lebih Jauh, Ini Puncanya!

179

Dagangan komoditi hitam kembali bangkit daripada kejatuhan akhir minggu lalu ketika kebimbangan terhadap kemelesetan dan bekalan minyak mentah yang semakin ketat terus mempengaruhi pasaran minyak.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent sedikit meningkat pada $112 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok sekitar harga $109 setong.

Kekangan bekalan minyak mentah terus menekan pasaran apabila OPEC+ bergelut untuk mengeluarkan lebih banyak minyak mentah berikutan kekurangan pelaburan, had kapasiti dan pergolakan politik di beberapa negara anggota.

Kekacauan politik yang semakin memuncak di Libya telah mengekang negara itu daripada memenuhi kuota pengeluarannya.

Menurut National Oil Corp, eksport Libya telah berkurang kepada sekitar 365,000 atau 409,000 tong sehari, susut kira-kira 865,000 tong sehari berbanding daripada paras biasa.

Sementara itu, pengurangan terbaru turut dilihat daripada Norway, di mana mogok yang dirancang oleh pekerja minyak dan gas Norway minggu ini dilaporkan boleh mendorong penyusutan pengeluar minyak negara itu sebanyak 130,000 tong sehari.

Walaupun faktor ini dilihat membantu menaikkan harga minyak mentah, tetapi pada masa yang sama kenaikan tersebut dibataskan oleh kebimbangan terhadap risiko kemelesetan global, lebih-lebih lagi data ekonomi di negara utama mula menunjukkan kelembapan pada bulan Jun disebabkan inflasi yang tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat