Harga Minyak Global Menguat Pada Khamis, Suram Dalam Sesi Jumaat

32

Harga minyak dunia mendapat sedikit momentum pada sesi Khamis yang disokong oleh keyakinan pelabur terhadap perjanjian pemotongan pengeluaran oleh pengeluar minyak dunia. Pengeluar minyak percaya bahawa harga boleh mencecah $60 setong pasa suku pertama 2017.

Bulan lalu, OPEC telah bersetuju untuk mengurangkan bekalan minyak yang berjumlah 1.2 juta tong sehari dengan ahli bukan-OPEC juga turut bersetuju mengurangkan 558,000 tong sehari.

Berikutan perjanjian ini harga minyak dunia hanya merekodkan kerugian dalam dua sesi dagangan sahaja sejak dua minggu lepas yang disebabkan peningkatan bekalan dari US. Tidak lupa juga penguatan US dolar berikutan penetapan kadar The Fed yang membawa Indeks US dolar ke paras tertinggi sejak 14 tahun lalu.

Penguatan harga minyak pada Khamis dipacu oleh jangkaan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Tambahan lagi, data dari US juga menunjukkan peningkatan yang lebih pantas dari jangkaan dalam data KDNK (GDP) yang meningkat 3.5% berbanding jangkaan penganalisis 3.3%.

Walaubagaimanapun, harga minyak pada hari ini sedikit melemah berikutan pengambilan untung (take-profit) dan pengukuhan indeks US dolar.

Harga minyak ketika ini sedikit lemah berbanding sesi Khamis yang menguat semula berikutan kerugian pada sesi Rabu. Harga minyak WTI ketika ini didagangkan pada harga $52.41 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) pula berharga $54.51 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat