Harga Minyak Goyah Hari Ini, Apa Kes Ni?

344

Peningkatan tidak dijangka dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat telah menggoyahkan dagangan komoditi hitam yang menantikan mesyuarat OPEC+ pada hari Khamis.

Laporan terbaru daripada Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan kenaikan sebanyak 3.6 juta tong bekalan minyak mentah pada minggu lalu berbanding jangkaan untuk meningkat 1.6 juta tong.

Sementara inventori petrol pula mencatat penurunan sebanyak 552,000 tong dan stok penyulingan meningkat sebanyak 573,000 tong pada minggu yang berakhir pada 29 Oktober.

Kenaikan yang dicatatkan dalam laporan terbaru ini menyebabkan harga minyak mentah sedikit tergelincir dari pengukuhan yang dicatatkan pada permulaan dagangan awal minggu.

Para pelabur seterusnya menantikan data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang dijangka turut merekodkan peningkatan dalam inventori minyak AS pada minggu lepas.

Mesyuarat OPEC+ yang akan berlangsung esok dijangka akan membiarkan penambahan pengeluaran semasa tidak berubah sebanyak 400,000 tong sehari, sekali gus mengabaikan gesaan dari Amerika Syarikat dan India sebelum ini yang mendesak OPEC untuk meningkatkan pengeluaran lebih banyak untuk mengawal harga minyak dalam pasaran.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit susut pada sekitar harga $83.78 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat merosot pada $82.62 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat