Harga Minyak Intai Peluang Untuk Tembus Ketinggian Baru Lagi

226

Optimisme pasaran terhadap pemulihan permintaan global telah mendorong komoditi hitam untuk kembali mendaki lebih tinggi menghampiri paras ketinggian dua tahun pada sesi dagangan Selasa.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat di sekitar harga $69.60 setong, manakala minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula didagangkan menokok pada $66.40 setong.

Kedua-dua penanda aras telah melonjak lebih 1% pada hari Isnin.

Emas hitam telah melonjak lebih 35% pada tahun 2021 kerana prospek permintaan bahan bakar yang semakin baik ketika kemajuan dalam pelancaran vaksin Covid-19 mendorong pemulihan ekonomi di negara utama dan meningkatkan mobiliti.

Lapangan terbang AS mencatatkan 1.85 juta penumpang pada hari Ahad, jumlah tertinggi sejak permulaan penularan wabak pada awal Mac 2020, menurut data Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan. Ini menunjukkan kebangkitan perjalanan domestik yang akan meningkatkan permintaan bahan bakar.

Sementara di Eropah pula, lebih banyak perniagaan dan pelonggaran sekatan perjalanan telah dikuatkuasakan oleh UK. Perancis dan Sepanyol juga telah mula melonggarkan sekatan, seiring dengan kadar vaksinasi yang dipercepatkan.

Namun begitu, disebabkan prospek yang menyuramkan di Asia, menyebabkan dagangan minyak mentah terhalang untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat