Harga Minyak Jatuh Dalam Pembukaan Pasaran Eropah

63

Harga minyak didagangkan rendah dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis berikutan peningkatan yang tidak dijangka dalam inventori minyak U.S dan peningkatan bekalan minyak dan eksport dari U.S pada minggu lepas.

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Disember di NYMEX susut 0.38% kepada $51.98, manakala minyak Brent di London Intercontinetal Exchange (ICE) susut 0.24% kepada $58.30 setakat jam 3.30 petang.

Laporan mingguan oleh Energy Information Administration (EIA) semalam menunjukkan inventori minyak mentah meningkat sebanyak 856,000 tong pada minggu yang berakhir pada 22 Oktober berbanding jangkaan pakar penganalisis yang menjangkakan kejatuhan sebanyak 2.6 juta tong.

Harga minyak minyak gasoline dan penyulingan pasaran hadapan meningkat selepas laporan EIA melaporkan inventori minyak gasoline dan penyulingan jatuh melebihi 5 juta tong.

Menurut Takayuki Nogami, Ketua Ekonomi di Japan Oil, pasaran ketika ini sedikit tersasar daripada landasan berikutan faktor positif dan negatif yang bercampur.

Faktor kenaikan harga adalah disebabkan kejatuhan dalam inventori gasoline dan penyulingan semasa musim sejuk dibahagian hemisfera utara. Lanjut beliau

Dalam masa yang sama, pengeluaran minyak mentah U.S melonjak naik daripada 1.1 juta tong kepada 9.5 juta tong berikutan taufan Nate yang melanda seminggu sebelum laporan pengukuhan pengeluaran minyak.

Menurut beliau, pasaran juga memberi tumpan kepada eksport minyak daripada bahagia utara Iraq selepas pihak Kurdish menawarkan pengunduran senjata dan menangguhkan pengisytiharan kemerdekaan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat