Harga Minyak Jatuh, Data EIA Bercampur

75

Harga minyak jatuh pada hari Khamis dengan WTI jatuh daripada kenaikan yang didorong oleh kejatuhan bekalan diluar jangkaan pada sesi yang lalu, manakala brent pula susut semakin jauh daripada paras tertinggi 26-bulan yang dicapai minggu ini.

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) turun 19 sen atau 0.36 peratus kepada $51.95 pada jam 11.10 pagi, selepas meningkat 26 sen dalam sesi yang lepas, menghampiri ketinggian lima bulan yang lalu.

Minyak brent pula jatuh 29 sen atau 0.5 peratus kepada $57.28, semakin jauh daripada ketinggian paras 2 tahun lalu pada harga $59.49 selepas susut hampir 1.00 peratus semalam.

Pada hari Rabu yang lepas, Jabatan Tenaga US (EIA) melaporkan bekalan minyak jatuh kepada 1.8 juta tong pada minggu lalu, berbanding jangkaan 4.3 juta tong.

Pengurangan bekalan menyokong kenaikan harga minyak berikutan kilang penapisan minyak kembali pulih daripada ribut Harvey sebulan yang lalu meningkatkan permintaan dalam pasaran. Namun bekalan gasolin telah meningkat diluar jangkaan dan bekalan hasil sulingan pula jatuh kurang daripada jangkaan.

“Walaupun bacaan yang dikeluarkan bercampur, secara keseluruhannya masih menunjukkan peningkatan pada permintaan”, kata Ben le Brun, penganalisis pasaran daripada OptionXpress di Sydney.

“Pasaran dilihat lebih optimis berbanding dengan apa yang saya lihat pada beberapa tahun lalu,” tambah beliau lagi. Ben turut menjangkakan harga WTI mungkin akan ke paras $60 per tong pada akhir tahun ini.

Walaupun bacaan bekalan menunjukkan penyusutan, namun pengeluaran minyak US meningkat kepada 9.55 juta tong sehari (bdp) pada minggu lalu, lebih tinggi daripada bacaan sebelum taufan Harvey menimpa kawasan perairan Texas. Minyak mentah US kini dilihat semakin memberi saingan di pasaran antarabangsa dengan eksport telah mencecah 1.5 juta bdp pada minggu lalu.

Hal ini akan menganggu usaha Organsiasi Negara Pengeskport Minyak (OPEC) dan pengeluar utama lain yang ingin menolak harga minyak lebih tinggi dengan menghadkan pengeluaran kerana harga yang tinggi mendorong peningkatan pengeluaran minyak di US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat