Harga Minyak Jatuh Di Pasaran Asia Menjelang Data Bekalan Minyak API Malam Ini

108

Harga minyak mentah jatuh pada sesi Asia hari Rabu menjelang laporan data bekalan mingguan yang pertama oleh American Petroleum Institute (API) selepas ribut taufan Harvey menimpa industri minyak US minggu lepas dan para pelabur turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan ribut Irma yang menghampiri Florida.

Di New York Mercantile Exchange, kotrak minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober jatuh 0.16% kepada $48.58 setong, manakala minyak brent di London Intercontinental Exchange, susut 0.47% kepada $53.13 setong setakat jam 11.53 pagi.

Semalam, pasaran minyak melonjak tinggi berikutan kilang penapisan di kawasan persisiran pantai yang ditimpa ribut Harvey mula beroperasi semula.

Harga minyak terus menutup kerugian minggu lepas berikutan saluran paip, kilang penapisan dan laluan pengangkutan di kawasan Texas dan Lousiann telah mula beroperasi selepas terpaksa dihentikan seketika akibat banjir besar daripada taufan Harvey. Operasi yang beransur pulih meningkatkan kapisiti penapisan minyak di US yang telah tutup hampir suku peratus daripada penapisan sedia ada.

Menurut Commerzbank, hampir 2 juga tong sehari yang bersamaan 11% daripada kapsiti penapisan minyak US masih tidak beroperasi pada hari Isnin. Presiden Lipow Oil Associate, Andy Lipow menjelaskan kilang penapisan terbesar US di Port Arthur dijangka tidak akan kembali kepada kapasiti yang asal sekurang-kurangnya untuk tempoh empat minggu.

Pasaran minyak yang bermula tinggi minggu ini mungkin akan ditekan dengan penganalaisis pasaran menjangkakan laporan bekalan daripada Energy Information Agency (EIA) pada hari esok akan menunjukkan peningkatan pada pengeluaran minyak berikutan permintaan daripada kilang penapisan yang merosot pada minggu lepas.

Sementara itu, ribut Irma yang mungkin boleh bergerak kearah kawasan pelantar minyak dan gas di Amerika turut menambahkan kebimbangan para pelabur.

Pengasas perunding tenaga Petromatrix GmbH di Switzerland, Olivier Jakob menjelaskan, “Arah ribut Irma telah berubah dengan ketara ke arah barat untuk dua hari berturut-turut, dan mungkin boleh berubah untuk 2 hari seterusnya”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat