Harga Minyak Jatuh Oleh Tindakan Spekulator Pasaran

48

Harga minyak mentah jatuh dalam pasaran Asia pada hari Selasa disebabkan tindakan spekulator yang mengambil keuntungan selepas kenaikan harga dengan menjual pada harga tinggi berikutan keadaan geopolitik yang semakin memuncak di Iraq dan tekanan dari Iran.

Pasaran hadapan minyak di New York Mercantile Exchange (NYMEX) bagi bulan November susut 0.19% kepada $51.77 setong, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange (ICE) susut 0.02% kepada $57.81 setong.

Dalam minggu ini, terdapat dua data penting  yang akan dikeluarkan. Pada hari ini, American Petroleum Institute (API) akan mengeluarkan bacaan anggaran minyak mentah U.S dan invetori, diikuti dengan data rasmi pada hari Rabu oleh Energy Information Administration (EIA).

Invetori minyak mentah dijangka jatuh sebanyak 4.750 juta tong, manakala stok minyak petrol pula dijangka jatuh 1.0 juta tong dan minyak petrol yang telah disuling jatuh 1.5 juta tong.

Harga minyak mentah berada pada paras tinggi berikutan konflik diantara Iraq dan Kurdish, keadaan yang semakin tegang di Kirkuk yang merupakan bandar kaya dengan minyak disebabkan serangan oleh tentera Baghdad di daerah tersebut. Hal ini, dikhuatiri akan menganggu bekalan pengeluaran minyak dari daerah tersebut.

Walaubagaimanapun, tindakan daripada daripada pusat pemerintahan berjaya meredakan sedikit tekanan di daerah tersebut, membolehkan 200 ribu bph minyak dapat dikeluarkan. Akan tetapi, pemain pasaran khuatir jika saluran paip minyak tersebut ditutup oleh Turki . Saluran paip tersebut boleh menampung sekitar 600 ribu bph minyak.

Selain itu, turut mempengaruhi peningkatan harga minyak pada hari Isnin ialah tindakan Presiden Trump yang menolak untuk menyetujui bahawa Tehran memenuhi kesepakatan dengan perjanjian nuklear Iran 2015.

Menurut penganalisis Bank Of America, Iran berekemungkinan membataskan pengeluaran minyak dari daerahnya dan harga minyak dijangka akan meningkat pada harga  $54 suku tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat