Harga Minyak Kekal Di Paras Tertinggi Dua Bulan Lepas

58

Harga minyak mentah berada di paras tertinggi pada hari Isnin lepas berikutan para pelabur menyambut baik mesyuarat pengeluar minyak yang akan di adakan minggu depan, serta kemungkinan US akan mengenakan sekatan eksport minyak ke atas ahli OPEC, Venezuela selepas tamat pilihanraya di sana.

Harga kontrak minyak WTI (West Texas Intermediate) di New York Mercantile Exchange bagi bulan September meningkat 9 sen kepada $50.26 setong, manakala di London Intercontinental Exchange, kontrak minyak Brent bagi bulan Oktober meningkat 5 sen kepada $52.77 setong.

Ahli OPEC/non-OPEC akan bermesyuarat pada 7-9 Ogos bagi membincangkan bagaimana untuk meningkatakan peratusan terhadap syarat pematuhan (compliance) supaya pengeluaran minyak dapat di hadkan kepada 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018 nanti.

Berdasarkan laporan IEA awal bulan ini, pematuhan terhadap pengurangan pengeluaran minyak jatuh dan hanya mencapai 78% bagi bulan Jun.

Peningkatan harga minyak WTI turut terkesan selepas tekanan untuk tutup di bawah harga $42 tidak berjaya berikutan pengeluaran minyak US yang meningkat, di khuatiri akan menjejaskan usaha OPEC untuk membendung lebihan bekalan dalam pasaran dunia.

Walau bagaimanapun, bekalan minyak US masih bekurang selama empat minggu berturut-turut dan pengeluaran juga di lihat sedikit menurun di sebabkan hanya 10 pelantar di tambah pada bulan Julai, jumlah paling kecil sejak bulan Mei 2016.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat