Harga Minyak Kekal Lemah!

220

Dagangan komoditi hitam meneruskan penurunannya pada sesi dagangan hari ini setelah didorong oleh tindakan Arab Saudi dan ketidakpastian terhadap prospek pemulihan permintaan global.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat jatuh 2% kepada $38.97 setong, sementara minyak mentah Brent susut 0.2% kepada $41.90 setong.

Tindakan Saudi Aramco yang menurunkan harga untuk penjualan minyak mentahnya ke Asia bagi bulan Oktober dengan pemotongan terbesar sejak Mei, dilihat sebagai tanda bahawa permintaan mungkin terganggu ketika kes Covid-19 terus meningkat di seluruh dunia.

Ketika negara-negara di seluruh dunia berusaha untuk mengembangkan vaksin Covid-19, angka kes coronavirus yang mencatatkan peningkatan terus memberi tekanan kepada prospek permintaan minyak global.

Sementara itu, turut menekan harga minyak mentah adalah ketegangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia yang semakin meningkat susulan kenyataan Presiden AS Donald Trump yang menyatakan bahawa beliau mahu menyekat hubungan ekonomi Washington dan Beijing.

Di China, import minyak mentah dilaporkan jatuh untuk bulan kedua berturut-turut pada Ogos dan dijangka tetap rendah berikutan kehabisan kuota penyimpanan di kilang-kilang minyak persendirian setelah melakukan pembelian besar-besaran awal tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat