Harga Minyak Keliru Nak Naik Ke Turun Susulan 2 Berita Ini

205

Komoditi hitam didagangkan lebih tinggi walaupun kenaikan yang dicatatkan terbatas berikutan kebimbangan terhadap permintaan global susulan bacaan data dari China yang mengecewakan.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $76.59 setong, manakalan WTI Amerika Syarikat sedikit suust pada $75.18 setong.

Import minyak mentah China turun 3% dari Januari hingga Jun berbanding tahun sebelumnya, penguncupan pertama sejak 2013, kerana kekurangan kuota import, penyelenggaraan kilang dan kenaikan harga global mengekang pembelian.

Bagaimanapun, pembacaan data bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang menunjukkan penurunan berterusan sedikit sebanyak membantu menyokong pengukuhan harga minyak.

Menurut laporan yang dikeluarkan Institusi Petroleum Amerika (API), inventori minyak mentah jatuh sebanyak 4.1 juta tong pada minggu lalu, menjadikannya penurunan untuk minggu kelapan berturut-turut.

Dalam pada itu, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran bahawa pasaran minyak akan cenderung tidak stabil sehingga ada kejelasan mengenai dasar pengeluaran OPEC+. Perbincangan antara anggota pengeluar terhenti minggu lalu menyebabkan pengeluaran pada bulan Ogos dijangka kekal di tahap semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat