Harga Minyak Kembali Ke Sasaran Paras Tertinggi 14 Tahun

239

Harga minyak kekal mengukuh walaupun pergerakan pasaran lain dilihat tidak menentu, disokong oleh prospek permintaan yang lebih tinggi daripada kelonggaran sekatan coronavirus China dan musim pemanduan di Amerika Syarikat.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak Brent didagangkan mengukuh di paras tertinggi 3 bulan pada sekitar harga $120 setong. Sementara WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $119 setong.

Kedua-dua penanda aras kini berada tidak jauh dari paras ketinggian 14 tahun yang pernah dicapai pada bulan Mac ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bermula.

Pelabur kini bersiap sedia untuk penerbitan data rasmi inventori minyak mentah Amerika Syarikat yang dijangka menunjukkan satu lagi penurunan pada minggu lepas oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Bagaimanapun, data dari Institut Petroleum Amerika (API) sebelum ini menunjukkan bahawa inventori minyak mentah dan produk minyak AS meningkat pada minggu lalu.

Pasaran minyak telah mengekalkan momentum kenaikannya tahun ini apabila ekonomi pulih daripada wabak coronavirus dengan sokongan daripada perang di Ukraine yang menambahkan lagi tekanan ke atas harga komoditi dunia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat