Harga Minyak Kembali Stabil Selepas Jatuh Tersembam

126

Harga minyak stabil pada hari Rabu ketika pelabur terus menilai tahap pemulihan permintaan China dan kemungkinan OPEC bakal mengekalkan pengeluaran tidak berubah pada pertemuan akan datang.

Sesi Eropah menyaksikan niaga hadapan minyak WTI Amerika Syarikat sedikit berubah pada $80 setong manakala dagangan minyak Brent pula berlegar pada sekitar harga $86 setong.

Terdahulu pada Selasa, kedua-dua penanda aras susut lebih 1% ekoran data ekonomi yang lemah dari Amerika Syarikat dan UK, mendorong kebimbangan terhadap kelembapan global.

Dalam pada itu, pembukaan semula China kekal menjadi faktor utama yang mempengaruhi dagangan komoditi hitam itu.

Minyak mentah telah melantun semula sejak kejatuhan kira-kira 10% dalam dua sesi pertama tahun ini berikutan harapan bahawa penggunaan China akan meningkat, walaupun nilai dolar AS yang lebih lemah turut membantu komoditi itu.

Sementara itu, OPEC dan sekutunya yang lebih dikenali sebagai OPEC+ dijadualkan bermesyuarat pada minggu depan, di mana mereka dijangka akan mengekalkan pengeluaran minyak pada tahap semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat