Harga Minyak Melantun Selepas Kejatuhan Terburuk Sejak April 2020

210

Harga minyak mentah kembali melantun selepas jatuh menjunam parah pada hari Jumaat lalu disebabkan kebimbangan pasaran terhadap penemuan varian Covid-19 baharu, Omicron.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok lebih 4% pada sekitar harga $75 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula meningkat lebih 5% pada $71.80 setong.

Kedua-dua penanda aras teresebut telah jatuh lebih 10% pada akhir dagangan minggu lalu, menjadikannya sebagai kejatuhan terbesar sejak April 2020.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun, mengatakan bahawa ia masih belum jelas sama ada Omicron lebih mudah dijangkiti atau merbahaya berbanding varian lain, tetapi mengklasifikasikannya sebagai ‘kebimbangan’.

Pada hujung minggu, Belanda, Denmark dan Australia telah melaporkan beberapa kes jangkitan Omicron telah dikesan.

Sementara itu, selain Amerika Syarikat dan UK, lebih banyak negara di seluruh dunia telah mengambil langkah pantas untuk mengetatkan sekatan di sempadan daripada Afrika Selatan.

OPEC+ juga menangguhkan mesyuarat jawatankuasa pemantauan bersama menterinya kepada hari Khamis, bagi memberi masa untuk mereka menilai kesan varian Omicron terhadap permintaan dan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat