Harga Minyak Melonjak Berikutan Ramalan Kejatuhan Stok di U.S.

48

Pasaran minyak dunia melonjak hari ini berikutan ramalan inventori minyak di US minggu ini yang menunjukkan lebihan bekalan (oversupply) sudah mula merudum.

Minyak Brent (Brent-oil) ketika ini didagangkan di paras $55.59 menghampiri paras tertinggi Isnin, manakala minyak West Texas Intermediate (WTI) melonjak ke paras $53.52 menghampiri paras tertinggi minggu lalu.

Undian penganalisis yang dibuat oleh Reuters menunjukkan jangkaan stok minyak EIA berada di sekitar 2.4 juta tong minggu ini. Data inventori minyak EIA ini akan dikeluarkan secara rasmi pada Rabu pukul 11.30 malam. Minggu lalu data EIA ini jatuh lebih dari jangkaan yang meningkatkan lagi keyakinan kejatuhan yang lebih tinggi minggu ini.

Sebelum ini ahli OPEC dan bukan-OPEC telah membuat perjanjian pemotongan pengeluaran minyak yang mencecah 1.8 juta tong sehari bermula pada bulan hadapan. Menteri minyak dari Rusia Alexande Novak menyatakan Rusia mungkin akan meneruskan pemotongan lebih dari enam bulan jika perlu.

Penganalisis di Landesbank menyatakan, “kita masih berada dalam keadaan tunggu dan lihat selepas perjanjian OPEC menyebabkan lonjakan harga dan harga dijangka akan berada di paras antara $53 dan $57 setong bagi minyak Brent (Brent-oil) minggu hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat