Harga Minyak Memanjangkan Penurunan Terbesarnya Sejak Lebih Satu Dekad

699

Dagangan komoditi hitam terus mencatatkan penurunan pada dagangan hari ini ditekan oleh kebimbangan pengurangan permintaan bahan api susulan penguatkuasaan sekatan perjalanan dari Eropah ke Amerika Syarikat oleh Presiden Donald Trump.

Minyak mentah Brent merosot 2% untuk diniagakan pada paras $32.55 setong selepas jatuh 7% pada Khamis. Bagi minggu ini sahaja, Brent bakal merekodkan penurunan mingguan terbesar sejak tercetusnya Perang Teluk pada tahun 1991, dengan kejatuhan 28%.

Selain itu, minyak mentah WTI Amerika Syarikat menyusut 2.1% dan diniagakan di sekitar paras harga $30.84 setong. Ia dijangka mencatat penyusutan terbesar minggu ini sejak krisis kewangan global 2008, dengan kejatuhan 25%.

Tindakan yang diambil oleh pentadbiran Trump terus menambah tekanan kepada harga minyak untuk terus diniagakan rendah minggu ini berikutan kegagalan pakatan OPEC dan Rusia untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah bagi memerangi impak coronavirus.

Selain Arab Saudi, kini Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menjejaki langkah sama dengan menjanjikan peningkatan pengeluaran minyak mentah iaitu tambahan lebih 4 juta tong pada bulan depan.

Sementara itu, pengeluar syal Amerika Syarikat dilaporkan akan meminta syarikat perkhidmatan minyak untuk menawarkan pengurangan kos sekurang-kurangnya sebanyak 25% bagi menyokong industri itu daripada terkesan oleh kejatuhan harga dan penurunan permintaan.

Di samping itu, ketegangan geopolitik di Iraq dilihat sedikit mengimbangi harga minyak daripada terus mencatat penurunan yang lebih mendalam.

Susulan daripada serangan di pangkalan tentera di Iraq yang mengorbankan 2 warga AS dan seorang warga UK semalam, tentera AS melancarkan serangan balas ke atas kumpulan militia di Iraq.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat