Harga Minyak Menghampiri Paras Tertinggi 9 Minggu Lalu

51

Harga minyak menghampiri paras tertinggi sembilan minggu lalu, meningkat di sebabkan oleh data pekerjaan US yang positif serta penggalian minyak yang berkurangan walaupun bekalan OPEC yang masih meningkat menghadkan keuntungan pada pasaran minyak.

Minyak brent yang menjadi tanda aras harga minyak dunia meningkat 5 sen atau 0.10 peratus kepada $52.37 setakat jam 10.30 pagi.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 6 sen, atau 0.12 peratus kepada $49.52

Kedua-dua harga minyak telah mencapai paras tertinggi sejak Mei tahun lepas berikutan pengeluar-pengeluar minyak OPEC berjanji akan mengurangkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari sehingga Mac tahun depan.

Walaupun bilangan pelantar minyak US berkurangan kepada 765, tetapi pengeluaran minyak masih meningkat kepada 9.43 juta tong sehari, paling tinggi sejak Ogos 2015.

Manakala eksport minyak mentah OPEC bagi bulan Julai yang di laporkan oleh jabatan penyelidikan minyak Thomson Reuters minggu lepas, meningkat ke aras tertinggi 26.11 juta tong sehari dan kebanyakkan datang daripada Nigeria.

Ahli-ahli jawatankuasa OPEC dan non-OPEC akan bermesyuarat di Abu Dhabi hari ini dan esok bagi membincangkan bagaimana untuk meningkatkan kadar patuh syarat terhadap had pengeluaran yang telah dijanjikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat